Peristiwa & Galeri

Peristiwa & Galeri

Pelancaran Portal UPEN Melaka

Pelancaran Portal UPEN Melaka

Artikel penuh

Artikel-Artikel Lain

JKDM Melaka rampas lima tan serbuk timah

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyita serbuk timah seberat 5,000 kilogram (kg) yang dipercayai diseludup dari Indonesia untuk kegunaan sektor perindustrian tempatan, bulan lalu.Pengarah Kastam Melaka, Nadzri Che Ani berkata, timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk dan dibungkus dalam beberapa beg plastik.

Kata beliau, sindiket dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran bandar Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan kastam telah bertindak menyerbu sebuah lori jenis Hino pada 17 Ogos lalu. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kira-kira 5,000 kg serbuk timah dipercayai barang tidak berkastam.

Dalam pada itu, Nadzri memaklumkan, JKDM Melaka telah menumpaskan pelbagai kegiatan penyeludupan bernilai RM1.2 juta bagi tempoh Julai hingga September tahun ini

10,000 Meriahkan Karnival Usahawan

AYER KEROH 18 September – Karnival Usahawan@Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2024 di Klebang Street menerima impak positif apabila dihadiri lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata karnival diadakan pada 14 hingga 16 September turut memberi peluang kepada usahawan Melaka menjana pendapatan sampingan.

“Sambutan pada hari pertama agak perlahan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan, tetapi hari kedua dan ketiga mula rancak dengan orang ramai tidak putus singgah ke tapak karnival.

“Ini adalah salah satu aktiviti dalam kalendar pelancongan Melaka, bertujuan menarik lebih ramai pelancong, sekali gus menyokong Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024).“

Fokus utama kita bukan hanya untuk festival layang-layang, ini adalah salah satu peluang untuk usahawan terpilih berniaga dan menjana pendapat lebih,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya rata-rata pengunjung dan peniaga di kawasan Pantai Klebang memberikan maklum balas positif apabila mereka turut mendapat tempias hasil daripada penganjuran karnival itu.

Hari Eksport Melaka 2024

2 Julai 2024 - Syabas dan tahniah kepada Malaysia External Trade Development Corporationatas kerjasama secara berkolaborasi menganjurkan Hari Eksport Melaka 2024 di MITC, Ayer Keroh selama dua hari bermula hari ini."Saya mahu 73 orang peserta yang mengikuti seminar kali ini dapat memanfaatkan sebaiknya intipati yang dikongsi sekali gus menjadikan ia nilai tambah kepada pencapaian cemerlang prestasi syarikat dan kemajuan negeri Melaka."Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka Penganjuran Hari Eksport Melaka 2024 ini bertujuan melahirkan lebih banyak perusahaan eksport yang dapat menerajui kepesatan ekonomi dan hala tuju kerajaan negeri dalam dasar-dasar keusahawanan sedia ada. Hari Eksport Melaka 2024 ini juga dapat memberi manfaat kepada Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) Negeri Melaka. 

Pelancaran Portal UPEN Melaka

Pelancaran Portal UPEN Melaka

GALERI

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI,
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
ARAS 3, BLOK TEMENGGONG,
KOMPLEKS SERI NEGERI, HANG TUAH JAYA,
75450 AYER KEROH, MELAKA, MALAYSIA

TEL: 06-333 333399 Ext. 7819 [Seksyen GIS]
FAKS:

Laman Web ini dibangunkan oleh Seksyen GIS Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Ikuti kami di platform media sosial
HARI INI
MINGGU INI
BULAN INI
JUMLAH
11
11
1259
2188