Artikel-Artikel Lain
JKDM Melaka rampas lima tan serbuk timah
MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyita serbuk timah seberat 5,000 kilogram (kg) yang dipercayai diseludup dari Indonesia untuk kegunaan sektor perindustrian tempatan, bulan lalu.Pengarah Kastam Melaka, Nadzri Che Ani berkata, timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk dan dibungkus dalam beberapa beg plastik.
Kata beliau, sindiket dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran bandar Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan kastam telah bertindak menyerbu sebuah lori jenis Hino pada 17 Ogos lalu. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kira-kira 5,000 kg serbuk timah dipercayai barang tidak berkastam.
Dalam pada itu, Nadzri memaklumkan, JKDM Melaka telah menumpaskan pelbagai kegiatan penyeludupan bernilai RM1.2 juta bagi tempoh Julai hingga September tahun ini
10,000 Meriahkan Karnival Usahawan
AYER KEROH 18 September – Karnival Usahawan@Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2024 di Klebang Street menerima impak positif apabila dihadiri lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata karnival diadakan pada 14 hingga 16 September turut memberi peluang kepada usahawan Melaka menjana pendapatan sampingan.
“Sambutan pada hari pertama agak perlahan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan, tetapi hari kedua dan ketiga mula rancak dengan orang ramai tidak putus singgah ke tapak karnival.
“Ini adalah salah satu aktiviti dalam kalendar pelancongan Melaka, bertujuan menarik lebih ramai pelancong, sekali gus menyokong Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024).“
Fokus utama kita bukan hanya untuk festival layang-layang, ini adalah salah satu peluang untuk usahawan terpilih berniaga dan menjana pendapat lebih,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya rata-rata pengunjung dan peniaga di kawasan Pantai Klebang memberikan maklum balas positif apabila mereka turut mendapat tempias hasil daripada penganjuran karnival itu.